Op Sasar: 28 warga asing ditahan

Pengarah JIM Perlis, Mohammad A’sim Md Ali / Foto RTM

KANGAR, 12 Ogos – Seramai 28 warga asing ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perlis menerusi Op Sasar yang dijalankan di 13 lokasi ‘hotspot’ di negeri ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pemeriksaan ke atas 116 individu termasuk warga asing dan rakyat Malaysia.
  • Penahanan melibatkan warga Bangladesh dan Myanmar disyaki melakukan pelbagai kesalahan imigresen.
  • Kesalahan termasuk tiada dokumen pengenalan, melanggar syarat pas dan kesalahan lain di bawah Akta Imigresen.
  • Semua ditahan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Kangar untuk tindakan lanjut; satu Borang 29 dikeluarkan bagi siasatan.

Penahanan dibuat hasil pemeriksaan ke atas 116 individu yang terdiri daripada warga asing dan rakyat Malaysia.

Pengarah JIM Perlis, Mohammad A’sim Md Ali berkata 28 warga asing yang ditahan merupakan 16 warga Bangladesh serta 12 warga Myanmar.

“16 orang merupakan lelaki warga Bangladesh dan 12 lagi warga Myanmar membabitkan enam lelaki, empat wanita dan dua kanak-kanak perempuan yang didapati melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

“Antara kesalahannya ialah tiada dokumen pengenalan diri, melanggar syarat pas dan kesalahan imigresen lain,” katanya menerusi sidang media selepas mengetuai Op Sasar di sini.

Tambah beliau, kesemua ditahan berusia antara tiga hingga 45 tahun dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Kangar untuk tindakan lanjut.

Selain, satu Borang 29 iaitu saman kepada saksi turut dikeluarkan kepada seorang rakyat Malaysia bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Mohammad A’sim berkata Op Sasar tidak hanya tertumpu di Kangar sebaliknya turut meliputi kawasan Batu Pahat dan Chuping selain pemeriksaan susulan diteruskan di lokasi lain di seluruh Perlis.

“Kebanyakan warga asing di Perlis bekerja dalam sektor pembinaan dan ladang termasuk ladang ayam,” katanya lagi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.