IPU tidak sihat melibatkan sembilan kawasan di Sarawak

Kuching antara kawasan yang mencatatkan IPU tidak sihat / Foto BERNAMA

KUCHING, 10 Ogos – Jerebu rentas sempadan mengakibatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tahap tidak sihat dicatatkan di Sarawak melibatkan sembilan kawasan, pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bacaan IPU utama: Serian 179; Kuching 161; Samarahan 161; Sibu 158; Mukah 156; Sri Aman 155; Sarikei 155; Bintulu 142; Samalaju 141.
  • Skala IPU: sifar hingga 50 baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, melebihi 300 berbahaya.
  • Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.

Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) memaklumkan kawasan terlibat masing-masing, Serian (179), Kuching (161), Samarahan (161), Sibu (158), Mukah (156), Sri Aman (155), Sarikei (155), Bintulu (142) dan Samalaju (141).

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

Data IPU yang dikeluarkan setiap jam adalah berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.