RM50,000 bantu PBS Sungai Kluang Unit Marin peroleh bot penyelamat

Foto FB Chow Kon Yeow

BAYAN LEPAS, 10 Ogos – Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyalurkan sumbangan sebanyak RM50,000 kepada Persatuan Bomba Sukarela (PBS) Sungai Kluang Unit Marin bagi membantu pembelian sebuah bot penyelamat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penubuhan PBS Sungai Kluang Unit Marin untuk meningkatkan keupayaan operasi penyelamatan di perairan.
  • Kewujudan unit sejajar dengan kedudukan Pulau Pinang yang mempunyai kawasan perairan, komuniti nelayan dan aktiviti pelancongan.
  • Keupayaan penyelamatan air adalah sebahagian daripada ekosistem kesiapsiagaan yang perlu terus diperkukuh.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, sumbangan itu merupakan sebahagian daripada dana yang diperlukan untuk mendapatkan bot berkenaan, sekali gus membolehkan unit marin terbabit melaksanakan operasi penyelamatan dengan lebih berkesan.

Menurut beliau, penubuhan PBS Sungai Kluang Unit Marin amat bertepatan dengan kedudukan Pulau Pinang yang mempunyai kawasan perairan luas serta komuniti nelayan, selain pelbagai aktiviti rekreasi dan sektor ekonomi serta pelancongan yang berkait rapat dengan perairan.

“Keupayaan melaksanakan operasi penyelamatan di air bukan lagi sekadar kemahiran tambahan, sebaliknya menjadi sebahagian daripada ekosistem kesiapsiagaan yang perlu terus diperkukuh.

“Mereka tidak mempunyai perkhidmatan darat, ini adalah unit marin. Saya mengumumkan sumbangan kerajaan negeri sebanyak RM50,000 untuk sebahagian daripada dana yang diperlukan bagi membeli bot kebombaan untuk melangsungkan operasi penyelamatan pasukan PBS Sungai Kluang Unit Marin ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian PBS Sungai Kluang Unit Marin di Bayan Lepas, di sini.

Chow berkata, kewujudan unit ini amat bertepatan dengan kedudukan Pulau Pinang yang mempunyai kawasan perairan, selain komuniti nelayan serta pelbagai aktiviti rekreasi, ekonomi dan pelancongan yang berkait rapat dengan perairan negeri.

Justeru, keupayaan menjalankan operasi menyelamat di air bukan lagi sekadar satu kepakaran tambahan, sebaliknya merupakan sebahagian daripada ekosistem kesiapsiagaan pengkhidmat yang perlu terus diperkukuh.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.