15 kapal ADNOC diserang di Selat Hormuz, seorang terkorban

Foto REUTERS

EMIRIAH ARAB BERSATU, 8 Ogos – Syarikat Minyak Nasional Abu Dhabi (ADNOC) mengesahkan 15 kapal miliknya diserang peluru berpandu dan dron di Selat Hormuz sejak tercetusnya konflik antara Amerika Syarikat (AS) dan Israel dengan Iran, yang mengorbankan seorang anak kapal manakala 20 lagi cedera.

RINGKASAN BERITA AI
  • Beberapa insiden berlaku minggu ini semasa kapal merentasi laluan strategik Selat Hormuz.
  • ADNOC bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk melindungi kakitangan, aset dan operasi serta memenuhi keperluan pelanggan.
  • Serangan terhadap kapal dagang meningkat dalam beberapa hari kebelakangan, terutamanya berhampiran laluan perkapalan pantai Oman.
  • Rakaman radio menunjukkan sebuah kapal terbakar selepas diserang berhampiran pintu masuk timur, anak kapal membuat panggilan kecemasan.

Menurut kenyataan syarikat itu pada Jumaat, tiga daripada insiden berkenaan berlaku minggu ini ketika kapal-kapal tersebut merentasi laluan strategik berkenaan.

“ADNOC dengan kerjasama rapat pihak berkuasa berkaitan sedang mengambil semua langkah yang perlu bagi melindungi kakitangan, aset dan operasi, di samping berusaha memenuhi keperluan pelanggan sejauh yang mungkin,” menurut kenyataan itu.

Insiden terbaharu itu menyaksikan peningkatan serangan terhadap kapal-kapal dagang dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini, terutamanya di sepanjang laluan perkapalan berhampiran kawasan pantai Oman.

Dalam pada itu, sebuah kapal dagang dilaporkan terbakar selepas diserang berhampiran pintu masuk timur Selat Hormuz pada malam Jumaat waktu London.

Berdasarkan rakaman komunikasi radio kapal-ke-kapal menerusi saluran terbuka maritim, kapal berkenaan diserang ketika berada berhampiran perairan Oman sehingga mencetuskan kebakaran di bahagian bilik enjin.

Rakaman itu turut mendengarkan rayuan bantuan kecemasan daripada anak kapal yang bergelut memadamkan kebakaran.

Beberapa kapal lain yang berada berhampiran lokasi kejadian dilaporkan ke kawasan berkenaan bagi menghulurkan bantuan menyelamat. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.