37 PATI di premis makanan laut terkenal dicekup

Foto Jabatan Imigresen Negeri Johor

JOHOR BAHRU, 8 Ogos – Seramai 37 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Op Selera ke atas sebuah premis makanan laut terkenal di Taman Sentosa, di sini pada Jumaat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Premis didapati melindungi dan menggajikan pekerja asing secara haram.
  • Hostel pekerja asing di belakang premis turut diperiksa.
  • Seorang lelaki warga tempatan disyaki pengurus premis ditahan untuk membantu siasatan.
  • Kesemua PATI: 29 wanita, enam lelaki Myanmar, seorang Vietnam, seorang Bangladesh, berumur 19 hingga 49; disyaki langgar Akta Imigresen 1959/63.

Pengarah Imigresen Negeri Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus dalam kenyataan memaklumkan, operasi berkenaan dijalankan selepas mendapati premis berkenaan melindungi serta menggajikan pekerja asing secara haram.

“Turut diperiks hostel pekerja asing yang berada di belakang premis. Seorang lelaki warga tempatan disyaki pengurus premis ditahan bagi membantu siasatan.

“Semua PATI melibatkan 29 wanita dan enam lelaki warga Myanmar, seorang lelaki warga Vietnam dan seorang lagi lelaki Bangladesh,” menurut kenyataan itu.

Semua PATI yang berumur antara 19 hingga 49 tahun itu dipercayai melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.