
KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan siasatan menyeluruh, telus dan segera berhubung kejadian yang mengorbankan tiga anggota polis dipercayai akibat renjatan elektrik di Kampung Weston, Beaufort, Sabah.
- Perdana Menteri melalui hantaran Facebook mahu siasatan bagi mengenal pasti punca dan langkah penambahbaikan.
- Beliau merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan seluruh warga PDRM.
- Jasa dan pengorbanan mereka dalam memelihara keamanan negara akan sentiasa dikenang.
- JBPM Sabah mengenal pasti tiga anggota polis maut: Chiu Teck Siong (40), Mohamad Nur Hafiz Ibrahim (29), Muhammad Raimi Ismarubee (26).
Datuk Seri Anwar menerusi hantaran di Facebook menyatakan siasatan itu bagi mengenal pasti punca kejadian, selain memastikan langkah penambahbaikan dapat diambil bagi mengelakkan insiden sama berulang.
Perdana Menteri turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan seluruh warga PDRM atas kehilangan tiga anggota berkenaan.
“Jasa dan pengorbanan mereka dalam memelihara keamanan serta keselamatan negara akan sentiasa dikenang,”katanya.
Menurut maklumat awal Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, tiga anggota polis yang maut itu dikenal pasti sebagai Chiu Teck Siong, 40 tahun, Mohamad Nur Hafiz Ibrahim, 29 tahun dan Muhammad Raimi Ismarubee, 26 tahun.