Selangor sambut baik peruntukan RM100 juta tangani banjir

Foto BERNAMA

SHAH ALAM, 10 Oktober – Kerajaan Negeri Selangor menyambut baik peruntukan RM100 juta menerusi Belanjawan Persekutuan 2027 bagi pembinaan kolam takungan dan penyelenggaraan sungai untuk menangani risiko banjir.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerjasama antara kerajaan negeri dan persekutuan penting untuk memperkukuh langkah mitigasi dan kurangkan risiko banjir.
  • Selangor alu-alukan pembinaan Kompleks Sekolah Bandar Serenia di Sepang dan usaha kembangkan industri semikonduktor tempatan bersama Khazanah.
  • Kerajaan negeri komited bekerjasama rapat dengan persekutuan bagi melaksanakan inisiatif demi kesejahteraan rakyat serta pengukuhan ekonomi dan tadbir urus.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerjasama antara kerajaan negeri dengan persekutuan penting bagi memperkukuh langkah mitigasi serta mengurangkan risiko banjir di kawasan terlibat.

“Selangor turut mengalu-alukan pembinaan Kompleks Sekolah Bandar Serenia di Sepang, selain kerjasama dengan Khazanah bagi membangunkan industri semikonduktor tempatan.

“Inisiatif berkenaan dijangka menyokong pembangunan pendidikan serta memperluas potensi sektor industri berteknologi tinggi di negeri itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, kerajaan negeri komited untuk terus bekerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan setiap inisiatif yang dirancang dapat dilaksanakan demi manfaat rakyat.

Datuk Seri Amirudin turut menyifatkan Belanjawan Persekutuan 2027 sebagai antara belanjawan paling signifikan dalam sejarah negara, dengan tumpuan kepada kesejahteraan rakyat, pengukuhan ekonomi dan reformasi tatakelola.

“Peruntukan keseluruhan sebanyak RM510 bilion mencerminkan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam menangani cabaran kos sara hidup serta memperkukuh penyampaian perkhidmatan asas kepada rakyat,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.