
PUTRAJAYA, 4 Ogos – Seorang bekas pengurus ladang direman tiga hari sehingga 6 Ogos ini bagi membantu siasatan kes penyelewengan kontrak pembekalan anak benih pokok getah bernilai kira-kira RM8 juta.
- Ketua Pesuruhjaya SPRM mengesahkan suspek ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.
- Penahanan susulan siasatan pasukan khas menyemak hasil Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja berkaitan Tabung Haji yang didedah pada 29 Julai lalu.
- Perintah reman dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan SPRM di Mahkamah Majistret.
- Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009; suspek dipercayai menyeleweng projek bekalan anak benih getah antara 2015 hingga 2017 kepada dua anak syarikat.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abd Halim Aman mengesahkan, suspek ditahan kira-kira 7 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.
Penahanan itu susulan siasatan pasukan khas yang ditubuhkan bagi menyemak dan meneliti hasil Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji, yang didedahkan kepada umum pada 29 Julai lalu.
Perintah reman terhadap lelaki berusia lingkungan 50-an itu dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan SPRM di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Berdasarkan siasatan awal, suspek dipercayai melakukan perbuatan itu antara tahun 2015 hingga 2017.
Suspek dipercayai menyeleweng projek pembekalan anak benih getah kepada dua syarikat perladangan yang merupakan anak syarikat sebuah badan berkanun, melibatkan kontrak bernilai kira-kira RM8 juta.