Qatar, Mesir, Turkiye kecam serangan terbaharu Israel di Gaza

Foto REUTERS

DOHA, 4 Ogos Qatar, Mesir dan Turkiye selaku pengantara gencatan senjata di Gaza mengecam keras Israel, susulan serangan terbaharu tentera Zionis di wilayah Palestin itu yang dilaporkan mengorbankan lebih 20 orang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Qatar, Mesir dan Turkiye mengecam pencabulan berterusan Israel terhadap Gaza, termasuk serangan ke atas kemudahan kesihatan dan korban orang awam.
  • Kenyataan bersama menyifatkan serangan sebagai pelanggaran terang-terangan undang-undang antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan.
  • Mereka menggesa Israel mematuhi tanggungjawab antarabangsa serta melaksanakan sepenuhnya komitmen gencatan senjata yang dipersetujui.

Ketiga-tiga negara berkenaan mengutuk keras apa yang disifatkan sebagai pencabulan berterusan Israel di Gaza, khususnya serangan terhadap kemudahan dan infrastruktur kesihatan, serta korban dalam kalangan orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak.

Dalam kenyataan bersama yang dimuat naik di platform X, ketiga-tiga negara itu menyifatkan situasi berkenaan sebagai pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa serta undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Mereka turut menggesa Israel mematuhi semua tanggungjawabnya bawah undang-undang antarabangsa serta melaksanakan sepenuhnya komitmen yang dipersetujui menerusi perjanjian gencatan senjata. -AFP

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.