
KUALA LUMPUR, 3 Ogos – Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Ketua Pengarah Penerangan, Datuk Mohd Sukari Ab Hamid yang meninggal dunia hari ini.
- Pemergian Allahyarham meninggalkan kesan mendalam kepada seluruh warga Kementerian Komunikasi, khususnya Jabatan Penerangan Malaysia.
- Allahyarham antara individu terawal yang ditemui Fahmi ketika beliau menerajui kementerian dan sering bersama melaksanakan tugas.
- Doa semoga Allah SWT mengampunkan dosa Allahyarham, mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya dalam kalangan orang beriman.
Beliau menyifatkan pemergian Allahyarham meninggalkan kesan mendalam kepada seluruh warga Kementerian Komunikasi khususnya Jabatan Penerangan Malaysia.
Beliau berkata, Allahyarham merupakan antara individu terawal yang beliau temui ketika diberi amanah menerajui Kementerian Komunikasi.
Selain, antara insan yang paling kerap bersamanya dalam melaksanakan tugas.
“Pemergian Allahyarham amat dirasai dan meninggalkan kesan mendalam kepada seluruh warga Kementerian Komunikasi, khususnya Jabatan Penerangan Malaysia.
“Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya dalam kalangan orang beriman,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Sakinah Kampung Melayu, Kepong.
Datuk Mohd Sukari, 65, dilantik sebagai Ketua Pengarah Penerangan pada 7 Disember 2020 dan bersara pada 20 Mac 2024.