JBPM sahkan banjir kilat Ara Damansara surut

Foto JBPM Selangor

PETALING JAYA, 31 Julai – Kejadian banjir kilat yang dilaporkan berlaku di Dataran Ara Damansara, Jalan PJU 1A/20 di sini, petang tadi, didapati telah surut ketika pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tiba di lokasi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pusat Gerakan JBPM menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.24 malam.
  • Jentera BBP Petaling Jaya tiba di lokasi pada pukul 8.15 malam untuk pemeriksaan.
  • Tiada mangsa dilaporkan; operasi dikawal pada pukul 8.35 malam dan ditamatkan lima minit kemudian.

Pusat Gerakan Operasi JBPM Selangor memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.24 malam sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petaling Jaya tiba di lokasi pada pukul 8.15 malam.

JBPM memaklumkan, pemeriksaan mendapati banjir kilat memang berlaku, namun air telah surut sepenuhnya ketika operasi dijalankan.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian berkenaan.

Operasi dikawal pada pukul 8.35 malam dan ditamatkan lima minit kemudian.

Seramai tujuh anggota bersama sebuah jentera LFRT dan sebuah kenderaan EMRS terbabit dalam operasi berkenaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.