Kematian tiga beranak mungkin berpunca keracunan gas karbon monoksida

Foto hiasan / BERNAMA

IPOH, 31 Julai – Polis mengesahkan tiga beranak yang ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah di Bandar Baru Tambun, di sini semalam berkemungkinan maut akibat keracunan gas karbon monoksida.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kes diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR) sementara menunggu siasatan lanjut.
  • Hasil bedah siasat Jabatan Forensik HRPB menunjukkan probable carbon monoxide toxicity sebagai punca kematian.
  • Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar, termasuk analisis saintifik dan laporan berkaitan.
  • Orang ramai dinasihatkan tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih serta menghormati privasi keluarga mangsa.

Kes itu masih diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR) sementara menunggu siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Muhammad Najib Hamzah berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja
Permaisuri Bainun (HRPB) mendapati punca kematian ketiga-tiga mangsa ialah probable carbon monoxide toxicity.

“Polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian termasuk menunggu keputusan analisis saintifik dan laporan berkaitan,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung kejadian itu serta menghormati privasi keluarga mangsa.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.