
KUALA LUMPUR, 31 Julai – Malaysia Airlines (MAS) memandang serius dakwaan membabitkan kesalahan berkaitan dadah yang kini sedang disiasat oleh pihak berkuasa Indonesia.
- Malaysia Airlines akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi memastikan siasatan berjalan lancar mengikut undang-undang dan peraturan.
- Syarikat tidak akan mengulas lanjut buat masa ini memandangkan siasatan masih sedang dijalankan.
- MAS menegaskan tidak bertolak ansur terhadap salah laku dan sedang menjalankan semakan dalaman; keselamatan, sekuriti serta integriti operasi diutamakan.
Syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan media hari ini memaklumkan akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan proses siasatan berjalan lancar mengikut undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa.
Menurut MAS, pihaknya tidak akan mengulas lanjut mengenai perkara itu buat masa ini memandangkan siasatan masih sedang dijalankan.
“Malaysia Airlines akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa berkaitan selaras dengan semua undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa.
“Pada masa sama, syarikat itu menegaskan tidak bertolak ansur terhadap sebarang bentuk salah laku dan sedang menjalankan semakan dalaman berhubung insiden berkenaan,” menurut kenyataan itu.
MAS turut menegaskan keselamatan, sekuriti serta integriti operasi kekal menjadi keutamaan utama syarikat.
Bagaimanapun, syarikat penerbangan itu tidak memperincikan dakwaan berkenaan kerana siasatan oleh pihak berkuasa Indonesia masih diteruskan.