
LONDON, 29 Julai – Harga minyak meningkat mendadak dalam dagangan Asia susulan ketegangan geopolitik yang semakin memuncak di Asia Barat, membabitkan serangan antara Iran, Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya.
- Tentera AS dan Arab Saudi menyerang beberapa lokasi logistik serta persenjataan di timur Iraq.
- CENTCOM berkata tindakan itu tindak balas kepada lebih 30 serangan dron dalam tempoh tiga hari.
- Serangan Houthi terhadap kemudahan pengeluaran, penyimpanan dan pelabuhan minyak Saudi meningkatkan kebimbangan bekalan, kata penasihat Xeneta.
Niaga hadapan minyak mentah Brent bagi penghantaran September meningkat 3.42 peratus kepada AS$86.97 setong, manakala niaga hadapan West Texas Intermediate (WTI) AS bagi Jun naik 3.58 peratus kepada AS$82.09 setong.
Terdahulu, tentera AS dan Arab Saudi menyerang beberapa lokasi logistik serta persenjataan di timur Iraq pada Selasa waktu AS.
Pemerintah Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) mendakwa tindakan itu diambil kononnya sebagai tindak balas terhadap lebih 30 serangan dron dalam tempoh tiga hari oleh kumpulan yang dikaitkan dengan Iran.
Kebimbangan terhadap bekalan turut meningkat susulan serangan Houthi yang menyasarkan kemudahan pengeluaran, penyimpanan dan infrastruktur pelabuhan minyak Arab Saudi.
Penasihat Industri Eksekutif Xeneta, Bjorn Vang Jensen berkata, serangan terhadap kemudahan berkenaan berpotensi menjejaskan bekalan minyak di seluruh rantau itu. – REUTERS