Remaja ditemukan lemas dihanyut arus di Sungai Kampar

Remaja yang ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus di Sungai Kampar, Gopeng/Foto Bomba

GOPENG, 28 Julai – Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus di Sungai Kampar berhampiran sebuah resort di sini, petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Panggilan kecemasan diterima pada 1.45 tengah hari; Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng digerakkan ke lokasi.
  • Pasukan Penyelamat Di Air (FRAM) Tronoh yang sedang latihan berhampiran segera melakukan surface searching.
  • Mangsa ditemukan kira-kira 10 minit kemudian pada jarak 15 hingga 20 meter dari lokasi dipercayai terjun.
  • Anggota memberikan rawatan awal dan bantuan pernafasan hampir sejam; mangsa disahkan meninggal dunia dan mayat diserahkan kepada polis.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.45 tengah hari sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng digerakkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, Pasukan Penyelamat Di Air (FRAM) Tronoh yang kebetulan sedang menjalani latihan di kawasan berhampiran segera melaksanakan operasi mencari menggunakan teknik surface searching.

“Mangsa berjaya ditemukan kira-kira 10 minit kemudian pada jarak antara 15 hingga 20 meter dari lokasi dia dipercayai terjun ke sungai.

“Anggota FRAM Tronoh bersama BBP Gopeng memberikan rawatan awal serta bantuan pernafasan selama hampir sejam,” katanya.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejurus pemeriksaan dilakukan.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.