Larian Jommy meriahkan Festival Jom Malaysia

Foto FB Datuk Armizan

SANDAKAN, 25 Julai – Lebih 3,000 peserta menyertai Larian Jommy bersempena Festival Jom Beli Produk Malaysia (Jom Malaysia) di Kompleks Sukan di sini pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Larian dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
  • Majlis pelepasan disempurnakan oleh Menteri Datuk Armizan Mohd Ali pada pukul 6 pagi.
  • Datuk Armizan selesai larian, bersyukur selepas lama tidak berjoging dan berterima kasih kepada warga Sandakan.
  • Pengunjung mendapat barangan keperluan harga berpatutan melalui Program Jualan Rahmah MADANI serta aktiviti, cabutan bertuah dan persembahan artis.

Larian disertai peserta pelbagai lapisan masyarakat itu dianjurkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Majlis pelepasan disempurnakan Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali pada pukul 6 pagi tadi.

“Alhamdulillah, setelah berbulan-bulan tidak berjoging, syukur masih diberi kudrat untuk menamatkan larian sejauh 5 kilometer. Terima kasih kepada seluruh warga Sandakan atas sambutan cukup luar biasa dan semangat yang ditunjukkan sejak awal pagi,” menurut Datuk Armizan dalam hantaran di Facebooknya.

Beliau berkata, pengunjung Festival Jom Malaysia turut berpeluang mendapatkan barangan keperluan pada harga berpatutan menerusi Program Jualan Rahmah Madani (PJRM).

“Pelbagai aktiviti dan cabutan bertuah, selain persembahan artis popular tanah air pada malam ini,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.