Banjir kilat Tawau: Pengguna diminta jangan ambil risiko ancam keselamatan

Foto RTM

TAWAU, 25 Julai – Pengguna jalan raya dinasihatkan tidak meredah kawasan yang dinaiki air, memperlahan kenderaan serta berpatah balik ke lokasi yang lebih selamat susulan banjir kilat yang melanda daerah ini pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Utamakan keselamatan dan patuhi arahan pihak berkuasa untuk mengelak kejadian tidak diingini.
  • Arus atau takungan air deras boleh merosakkan kenderaan dan menghanyutkannya.
  • Kurangkan kelajuan, kekalkan jarak selamat dan rancang perjalanan menggunakan laluan alternatif.
  • Segera tinggalkan kenderaan dan bergerak ke kawasan lebih tinggi serta selamat jika paras air meningkat pesat.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Wilynton Enchana Watt berkata orang ramai perlu mengutamakan keselamatan serta mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan tidak cuba meredah arus atau takungan air yang deras kerana boleh menyebabkan kenderaan rosak atau dihanyutkan arus,” katanya ketika dihubungi RTM.

Selain itu, pemandu juga diminta mengurangkan kelajuan, mengekalkan jarak selamat antara kenderaan serta merancang perjalanan dengan menggunakan laluan alternatif.

“Orang ramai juga dinasihatkan segera meninggalkan kenderaan dan bergerak ke kawasan yang lebih tinggi serta selamat sekiranya paras air meningkat dengan cepat,” tambah beliau.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.