Sultan Terengganu dalam keadaan sihat

KUALA TERENGGANU, 25 Julai – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berada dalam keadaan baik, sihat walafiat dan akan meneruskan rawatan susulan seperti dijadualkan oleh pasukan perubatan Baginda.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kenyataan rasmi dikeluarkan Pengelola Bijaya Diraja Datuk Mohd Sophian Abu Bakar.
  • Sultan Mizan menzahirkan penghargaan kepada rakyat yang sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Baginda.
  • Pejabat Sultan menyeru rakyat mengadakan solat hajat dan terus mendoakan kesihatan serta perlindungan Baginda.

Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan rasmi Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Mohd Sophian Abu Bakar.

Menurut kenyataan berkenaan, Sultan Mizan menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat yang sentiasa mendoakan kesihatan serta kesejahteraan Baginda.

Baginda turut memohon agar rakyat terus mendoakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan.

Dalam pada itu, rakyat Terengganu sebelum ini diseru mengadakan solat hajat khas bagi mendoakan kesejahteraan serta kesihatan Sultan Mizan Zainal Abidin.

Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu turut memohon agar semua pihak terus mendoakan agar Baginda dikurniakan kesihatan yang berpanjangan serta sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.