Lebih 56,000 kandungan palsu dalam talian diturunkan

Permohonan dikemukakan sebagai sebahagian langkah kawal selia serta penguatkuasaan di bawah Akta 588 serta Akta 866

KUALA LUMPUR, 28 Oktober – Sebanyak 56,304 kandungan memudaratkan dan palsu dalam talian telah diturunkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi tempoh 1 Januari 2023 hingga 15 Oktober lepas.

RINGKASAN BERITA AI
  • Permohonan penurunan kandungan dikemukakan sebagai langkah kawal selia dan penguatkuasaan di bawah Akta 588 serta Akta 866.
  • MCMC menyiasat kes kandungan palsu di bawah Seksyen 233 Akta 588 dan melaksanakan tindakan berdasarkan penilaian aduan.
  • Proses penurunan melibatkan beberapa peringkat penilaian sebelum mengemukakan permohonan kepada platform.
  • Penilaian aduan diterima daripada agensi kerajaan, pihak berkuasa atau orang awam mengikut garis panduan komuniti platform.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching memaklumkan angka itu bersamaan 86 peratus daripada 65,680 permohonan penurunan kandungan yang dikemukakan kepada pemberi perkhidmatan dalam tempoh berkenaan.

“Permohonan dikemukakan itu sebagai sebahagian langkah kawal selia serta penguatkuasaan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) serta Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (Akta 866).

“Dalam tempoh sama MCMC turut menyiasat 546 kes melibatkan kandungan palsu di bawah Seksyen 233 Akta 588 dengan tindakan dilaksana berdasarkan penilaian terhadap aduan yang diterima, pematuhan kepada garis panduan komuniti platform dan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,”katanya yang menjawab soalan dikemukakan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid.

Ketika menjawab soalan tambahan, beliau turut memaklumkan proses penurunan kandungan melibatkan beberapa peringkat penilaian dengan MCMC terlebih dahulu menilai aduan daripada agensi kerajaan, pihak berkuasa atau orang awam sebelum mengemukakan permohonan kepada platform untuk menurunkan kandungan sekiranya kandungan berkenaan disyaki melanggar undang-undang.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.