Amaran ribut petir di Sarawak hingga 3 petang

Gambar hiasan

KUCHING, 28 Oktober – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda empat kawasan di Sarawak sehingga pukul 3 petang ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kawasan terlibat: Pantu di Sri Aman, Samarahan, Kuching dan Serian.
  • Amaran dikeluarkan apabila hujan melebihi 20 milimeter sejam dan dijangka berterusan lebih satu jam.
  • Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek sah tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan kawasan terlibat ialah Pantu di Sri Aman, Samarahan, Kuching dan Serian.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih satu jam.

Amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.