MCMC siasat kandungan hina Islam di Facebook

Foto hiasan

CYBERJAYA, 25 Julai – Siasatan menyeluruh kini digerakkan susulan penularan kandungan jelik melampau berunsur 3R yang menghina agama Islam di platform Facebook.

RINGKASAN BERITA AI
  • MCMC akan ambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap penyalahgunaan platform komunikasi yang melanggar undang-undang negara.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, denda hingga RM500,000 atau penjara maksimum dua tahun.
  • MCMC bekerjasama rapat dengan PDRM; siap menyalurkan bantuan teknikal dan kepakaran digital bagi menyokong siasatan.
  • Orang ramai diingatkan menggunakan media sosial secara beretika, berhemah dan bertanggungjawab; elak memuat naik kandungan penghinaan atau hasutan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan memaklumkan, tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan platform komunikasi sehingga melanggar undang-undang negara.

“Siasatan turut dijalankan dengan kerjasama rapat Polis Diraja Malaysia (PDRM), selain MCMC bersedia menyalurkan bantuan teknikal dan kepakaran digital bagi menyokong proses siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan,” menurut kenyataan itu.

MCMC menegaskan, penyebaran kandungan berunsur penghinaan agama dipandang serius kerana berpotensi mencetuskan ketegangan, menjejaskan perpaduan serta menggugat keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Sehubungan itu, orang ramai diingatkan supaya menggunakan media sosial secara beretika, berhemah dan bertanggungjawab serta tidak memuat naik atau menyebarkan kandungan bersifat penghinaan, hasutan dan sensitif khususnya melibatkan agama.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.