
SUBANG JAYA, 25 Julai – PROTON memperkukuh rangkaian jualan dan selepas jualannya menerusi pembukaan 10 cawangan baharu PROTON dan Proton e.MAS.
- Pembukaan membabitkan empat cawangan PROTON dan enam Proton e.MAS di wilayah Tengah, Utara, Selatan, Pantai Timur dan Malaysia Timur.
- Pelaburan pengedar sebanyak RM15.9 juta mewujudkan 210 peluang pekerjaan dalam jualan, servis, teknikal dan khidmat pelanggan.
- Rangkaian membolehkan sokongan jualan, penyelenggaraan dan teknikal bagi kenderaan enjin pembakaran, elektrik dan hibrid plug-in.
- Pelbagai konsep premis diperkenalkan untuk perluas capaian; pengedar melabur dalam kemudahan, teknologi dan pembangunan kemahiran.
Pembukaan membabitkan empat cawangan PROTON dan enam cawangan Proton e.MAS di wilayah Tengah, Utara, Selatan, Pantai Timur serta Malaysia Timur.
Kesemua cawangan baharu itu melibatkan pelaburan pengedar berjumlah RM15.9 juta, selain mewujudkan 210 peluang pekerjaan dalam bidang jualan, servis, teknikal dan khidmat pelanggan.
Gabungan rangkaian berkenaan membolehkan syarikat ini menyediakan sokongan jualan, penyelenggaraan dan teknikal bagi kenderaan enjin pembakaran dalaman, kenderaan elektrik serta hibrid plug-in.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Datuk Ir. Abdul Rashid Musa berkata, pembukaan cawangan baharu bukan sekadar menambah bilangan premis, tetapi memastikan perkhidmatan yang disediakan memenuhi keperluan di setiap kawasan.
Pelbagai konsep premis turut diperkenalkan, termasuk pusat jualan dan pelanggan, bilik pameran di pusat beli-belah, pusat 3S dan 4S serta pusat mini 3S bagi memperluas capaian di bandar dan kawasan yang sedang membangun.
Pengembangan rangkaian itu turut disokong pelaburan pengedar dalam kemudahan, teknologi, tenaga kerja dan pembangunan kemahiran bagi memastikan mutu perkhidmatan yang konsisten di seluruh negara.