Awan Asperitas ‘pukau’ penduduk Santa Cruz

Foto Reuters

SANTA CRUZ, 25 Julai- Fenomena awan luar biasa dikenali sebagai ‘asperitas’ menarik perhatian penduduk Santa Cruz, California pada Selasa selepas formasi awan berombak itu muncul di ruang udara kawasan berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Rakaman oleh Kirsten Liske menunjukkan asperitas berstruktur gelombang jelas memenuhi langit.
  • Atlas Awan Antarabangsa mengklasifikasikan asperitas sebagai formasi awan beralun yang jarang berlaku.
  • Fenomena itu berupa awan yang kelihatan berombak dan bergulung seperti ombak di udara.
  • Liske berkata dia tidak pernah melihat fenomena serupa dan tertanya apa yang sedang berlaku.

Rakaman oleh Kirsten Liske menunjukkan awan asperitas yang mempunyai struktur seperti gelombang jelas bergerak dan memenuhi langit Santa Cruz.

Atlas Awan Antarabangsa (ICA) mengklasifikasikan asperitas sebagai formasi awan beralun yang jarang berlaku.

Fenomena itu dikenali menerusi bentuk awan yang kelihatan berombak dan bergulung seperti ombak di langit.

“Saya tidak pernah melihat sesuatu seperti ini sebelum ini, walaupun saya sering melihat awan. Apa sedang berlaku sekarang?” kata Liske ketika merakam fenomena berkenaan. -Reuters

Foto Reuters

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.