Pendirian Malaysia terhadap Israel bukan anti kaum, menentang kezaliman – PM

RINGKASAN BERITA AI
  • Perlu perjelaskan pendirian agar tidak disalah tafsir sebagai anti kaum.
  • Menentang kekejaman, kezaliman dan penjajahan oleh Israel.
  • Malaysia sebagai negara merdeka berhak tentukan pendirian berdasarkan prinsip dan kepentingan negara.
  • Pendirian termasuk ketegasan bagi isu Palestin serta penolakan terhadap tindakan Israel.

PORT DICKSON, 24 Julai – Pendirian Malaysia terhadap Israel bukan berasaskan sentimen terhadap sesuatu kaum sebaliknya kerana menentang kekejaman, kezaliman dan penjajahan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendirian tegas tersebut penting untuk diperjelaskan bagi mengelak ia disalah tafsir sebagai anti kaum.

“Kita menentang kekejaman, kezaliman dan penjajahan oleh Israel. Itu kita kena perjelaskan.

“Ada yang mendakwa kata kita ni anti kaum tetapi sebenarnya Israel yang zalim,” tegasnya.

Datuk Seri Anwar turut menegaskan Malaysia sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat berhak menentukan pendiriannya dalam isu antarabangsa berlandaskan prinsip dan kepentingan negara.

“Pendirian ini termasuk ketegasan Malaysia dalam isu Palestin serta penolakan terhadap tindakan Israel,” katanya lagi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.