Unit Pangsapuri Sri Pinang di Setia Alam terbakar

Keadaan unit pangsapuri di tingkat sembilan, Pangsapuri Sri Pinang, Setia Alam yang terbakar

KUALA LUMPUR, 24 Julai – Satu unit pangsapuri di tingkat sembilan, Pangsapuri Sri Pinang, Setia Alam, musnah kira-kira 60 peratus dalam satu kebakaran tengah hari tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Panggilan kecemasan diterima pukul 1.00 tengah hari; jentera tiba 1.15 petang; kebakaran berjaya dikawal pada 1.29 petang tanpa mangsa.
  • Operasi turut dibantu BBP Klang Utara dengan sembilan anggota menggunakan dua jentera FRT.
  • Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan oleh JBPM Selangor.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor dalam kenyataan memaklumkan, panggilan kecemasan pada pukul 1.00 tengah hari sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong tiba di lokasi pada pukul 1.15 petang.

“Kebakaran melibatkan satu unit apartment berkeluasan kira-kira 30 x 30 kaki persegi di tingkat sembilan berjaya dikawal pada pukul 1.29 tengah hari dan tidak melibatkan sebarang mangsa.

“Operasi pemadaman turut dibantu BBP Klang Utara dengan kekuatan sembilan anggota menggunakan dua jentera FRT,” menurut kenyataan itu.

JBPM Selangor turut memaklumkan bahawa punca kebakaran serta nilai kerugian masih dalam siasatan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.