PM Anwar dijadual bertemu Modi, Putin di New Delhi

Facebook: Anwar Ibrahim

NEW DELHI, 10 September- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan pertemuan dua hala bersama Perdana Menteri India, Narendra Modi dan Presiden Rusia, Vladimir Putin sempena Sidang Kemuncak BRICS Ke-18 di New Delhi, India.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Iran, Presiden Kazakhstan, Perdana Menteri Ethiopia dan sesi dua hala bersama WTO.
  • Lawatan kerja lima hari 11 hingga 15 September tumpu memperkukuh hubungan ekonomi melalui perdagangan, pelaburan dan akses ke pasaran baharu.
  • Sidang kemuncak bertema 'Building for Resilience, Innovation, Cooperation and Security' beri peluang memperluas kerjasama perdagangan dan pelaburan.

Kuasa Usaha Sementara Suruhanjaya Tinggi Malaysia ke India, Sharifah Ezneeda Wafa berkata selain kedua-dua pemimpin itu, Perdana Menteri turut dijadual mengadakan pertemuan dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev dan Perdana Menteri Ethiopia, Abiy Ahmed Ali.

Beliau berkata Perdana Menteri turut dijadual mengadakan sesi dua hala dengan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

“Mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri India akan membincangkan isu-isu berkepentingan bersama antara Malaysia dan India, termasuk penyertaan Malaysia dalam sidang kemuncak ini sebagai negara rakan BRICS,” katanya.

Lawatan kerja lima hari Perdana Menteri ke India dari 11 hingga 15 September bakal memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh hubungan ekonomi Malaysia dengan antara rakan dagang utama negara terutama dalam perdagangan, pelaburan dan akses ke pasaran baharu.

Sidang kemuncak bertemakan ‘Building for Resilience, Innovation, Cooperation and Security’ ini memberi peluang kepada Malaysia berinteraksi dengan ekonomi pesat membangun utama serta memperluas kerjasama perdagangan dan pelaburan ketika rantaian bekalan dan pasaran global terus berubah.

India kekal sebagai rakan dagang terbesar Malaysia di Asia Selatan dengan nilai perdagangan dua hala mencecah RM79.33 bilion pada 2025.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.