
KULAI, 24 Julai– Sebanyak 21 kenderaan disita dalam Op Pewa yang dijalankan di Senai, pagi tadi.
RINGKASAN BERITA AI
- JPJ Johor mengeluarkan 120 notis atas pelbagai kesalahan semasa Op Pewa.
- Kesalahan utama termasuk tidak memiliki Lesen Kenderaan Motor yang sah dan memandu tanpa lesen yang sah.
- Operasi menyasarkan pemandu warga asing; kes disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor dalam kenyataan memaklumkan, 120 notis turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.
“Antara kesalahan yang dikesan ialah tidak memiliki Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang sah serta memandu tanpa lesen memandu yang sah.
Kenderaan yang disita melibatkan enam kereta dan 15 motosikal,” menurut kenyataan itu.
Operasi berkenaan dilaksana dengan menyasarkan pemandu warga asing yang melakukan kesalahan.
Kes disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.