Rumah musnah dalam kebakaran, keluarga pemotong rumput terima bantuan NGO

Anak Muda Madani Kedah bantu keluarga mangsa kebakaran di Langkawi.

LANGKAWI, 24 Julai – Keluarga seorang pemotong rumput di Kampung Bakau Kelibang, Langkawi yang kehilangan tempat tinggal selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran pada 18 Julai lalu menerima bantuan wang tunai daripada Anak Muda Madani Kedah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kebakaran memusnahkan hampir 90% struktur rumah, serta pakaian, perabot dan barangan elektrik.
  • Keluarga bergantung kepada pendapatan kecil: suami pemotong rumput, isteri tukang cuci, dan dua anak masih bersekolah.
  • Pemimpin berharap bantuan memberi kelegaan dan menggesa lebih banyak pihak tampil menghulurkan sokongan kepada keluarga.

Sumbangan disampaikan Pengerusinya, Datuk Zuraidi Rahim kepada mangsa, Shaari Mansor bagi membantu meringankan beban keluarganya.

Menurut Zuraidi, bantuan itu diharap dapat memberi sedikit kelegaan kepada keluarga berkenaan untuk meneruskan kehidupan dan bangkit semula selepas tragedi tersebut.

Beliau turut mengajak lebih banyak pihak tampil menghulurkan bantuan kepada keluarga itu.

Kebakaran pada tengah hari berkenaan memusnahkan hampir 90 peratus struktur rumah, selain pakaian, perabot dan barangan elektrik.

Shaari yang berusia lingkungan 40-an bekerja mengambil upah memotong rumput, manakala isterinya, Siti Hajar Yahaya bekerja sebagai tukang cuci.

Pasangan itu mempunyai dua anak yang masih bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kelibang.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.