Pendapatan isi rumah peserta Desa Lestari disasar meningkat kepada RM2,300

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan Mesyuarat MEXCLUB ke-6 di sini. / Foto BERNAMA

BALIK PULAU, 23 Julai – Pendapatan isi rumah peserta Program Desa Lestari kendalian Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) disasarkan meningkat kepada RM2,300 sebulan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sasaran penghapusan kemiskinan tegar di kawasan Desa Lestari melalui penstrukturan semula program.
  • Bukan sekadar penjenamaan semula, kandungan dan kaedah pelaksanaan diubah untuk memberi impak lebih berkesan kepada komuniti luar bandar.
  • Melibatkan golongan profesional anak kampung berkelayakan untuk mengurus program bagi pihak koperasi dan penduduk setempat, meningkatkan keberhasilan pelaksanaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, sasaran itu ditetapkan menerus langkah penstrukturan semula program berkenaan.

“Ini bukan sahaja untuk mengurangkan jumlah mereka yang berada di bawah garis kemiskinan, malah kita mahu kemiskinan tegar di kawasan Desa Lestari dihapuskan,” katanya.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan antara Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah bersama Exco-Exco Luar Bandar (MEXCLUB) ke-61 di sini hari ini.

Jelas beliau, program yang dilaksanakan sejak 10 tahun lalu itu bukan sekadar melalui penjenamaan semula.

Malah, kandungan dan kaedah pelaksanaannya akan diubah bagi memastikan program berkenaan memberi impak lebih berkesan kepada komuniti luar bandar.

Antara pembaharuan dirancang ialah melibatkan golongan profesional dalam kalangan anak kampung yang mempunyai kelayakan bersesuaian untuk menguruskan Program Desa Lestari bagi pihak koperasi dan penduduk setempat.

Pendekatan itu dijangka dapat meningkatkan keberhasilan program, khususnya dari segi pendapatan isi rumah peserta.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.