Semakan kenaikan pangkat, pengiktirafan prestasi mampu dorong khidmat lebih cemerlang

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 21 Julai – Pengiktirafan terhadap prestasi dan sumbangan penjawat awam dilihat penting bagi memastikan perkhidmatan negara terus diperkasa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Arahan Perdana Menteri percepatkan kenaikan pangkat disambut positif warga perkhidmatan awam.
  • Kenaikan pangkat meningkatkan kebajikan, memberi pengiktirafan prestasi dan suntikan semangat kerja.
  • Pelaksanaan perlu diperhalusi segera demi kelancaran jabatan serta kepentingan negara keseluruhan.
  • Kenaikan pangkat awal membolehkan pengisian segera jawatan atasan, memberi peluang kepada pegawai berkhidmat sehingga 13 tahun.

Sehubungan itu, arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya proses kenaikan pangkat dipercepatkan mendapat sambutan positif warga perkhidmatan awam.

“Langkah ini sangat baik dan wajar kerana dapat meningkatkan kebajikan serta memberikan manfaat yang lebih baik kepada kita sebagai penjawat awam,” kata penjawat awam, Wan Nur Effazlin Mukhtar.

“Ia memberi suntikan semangat dan pengiktirafan prestasi kepada penjawat awam untuk terus menyumbang tenaga dengan cemerlang,” jelas penjawat awam, Aidawati Hamzah.

“Perkara ini perlu diperhalusi dan dipertimbangkan segera. Ia bukan untuk kepentingan peribadi, sebaliknya demi kelancaran jabatan serta kepentingan negara secara keseluruhannya,” kata penjawat awam, Nurain Azmi.

“Kebanyakan jawatan peringkat atasan kini mempunyai kekosongan yang perlu diisi segera. Pelaksanaan kenaikan pangkat yang lebih awal membolehkan kekosongan itu diisi dengan pantas, sekali gus memberi peluang kepada pegawai yang telah lama berkhidmat, contohnya sehingga 13 tahun,” kata penjawat awam, Saiful Aziman Mazlan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.