Forest City tegaskan toleransi sifar jika wujud pelanggaran undang-undang

Foto hiasan

ISKANDAR PUTERI, 21 Julai – Forest City menegaskan pendiriannya yang toleransi sifar terhadap sebarang pelanggaran undang-undang jika ia terbukti menerusi siasatan yang dijalankan terhadap Network School.

RINGKASAN BERITA AI
  • Akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan undang-undang dan hak kontraktual.
  • Tindakan termasuk jika wujud pelanggaran syarat pelesenan, imigresen, penggunaan tanah atau kontrak.
  • Yakin hasil siasatan akan memperkukuh keyakinan masyarakat dan pelabur terhadap ekosistem Zon Kewangan Khas.
  • Menyambut tindakan pantas kerajaan, menghargai profesionalisme pihak berkuasa, dan memberikan kerjasama sepenuhnya.

Menurut syarikat itu, pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan undang-undang dan hak kontraktual yang diperuntukkan.

“Syarikat akan mengambil tindakan sewajarnya dengan menggunakan segala hak di sisi undang-undang serta hak kontraktual sekiranya pihak berkuasa mendapati wujud sebarang pelanggaran dari segi undang-undang, syarat pelesenan, imigresen, penggunaan tanah atau kontrak,” jelas Forest City menerusi kenyataan.

Syarikat tersebut turut menyatakan keyakinan bahawa hasil siasatan tersebut akan terus memperkukuh keyakinan masyarakat serta pelabur terhadap ekosistem Zon Kewangan Khas Forest City.

Selain itu, Forest City juga menyambut baik tindakan pantas dan tegas kerajaan dalam menjalankan siasatan berhubung isu melibatkan Network School,serta menghargai profesionalisme yang ditunjukkan pihak berkuasa sepanjang menjalankan siasatan.

“Syarikat memberikan kerjasama sepenuhnya sejak awal siasatan dan menyambut baik hasil siasatan yang diumumkan setakat ini,” jelas syarikat berkenaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.