Rumah kayu musnah dijilat api, empat sekeluarga selamat

LUBOK ANTU, 21 Julai – Sebuah rumah kayu di kawasan Empangan Batang Ai musnah sepenuhnya dalam kebakaran tengah hari tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.28 tengah hari.
  • Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Betong digerakkan ke lokasi untuk operasi pemadaman.
  • Setibanya, bomba mendapati rumah yang dihuni empat sekeluarga terbakar keseluruhannya.
  • Semua penghuni berjaya menyelamatkan diri dan dilaporkan selamat tanpa kecederaan.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 12.28 tengah hari.

Susulan laporan berkenaan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Betong digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi pemadaman.

Setibanya di tempat kejadian, pasukan bomba mendapati rumah berkenaan yang dihuni empat sekeluarga telah terbakar keseluruhannya.

Bagaimanapun, kesemua penghuni berjaya menyelamatkan diri dan dilaporkan selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.