Warga emas hilang selepas keluar bersarapan sejak Ahad

Operasi SAR dilancarkan bagi mencari warga emas yang hilang di Kampung Baru, Felda Neram Satu dekat Kemaman sejak Ahad lepas – Foto JBPM

KEMAMAN, 21 Julai – Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumahnya di Kampung Baru, Felda Neram Satu, dekat Bandar Ceneh Baru sejak Ahad lepas.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa ialah Abdullah Besor, 70 tahun.
  • Dilaporkan keluar bersarapan kira-kira pukul 7.00 pagi.
  • Operasi SAR dilancarkan selepas polis maklumkan; tujuh anggota, LFRT dan kenderaan utiliti digerakkan.
  • Pencarian tertumpu di ladang kelapa sawit dalam radius lima kilometer; operasi bersepadu dengan JBPM, PDRM dan penduduk.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ceneh, Che Ahmad Taqiyuddin Che Yaacob berkata, mangsa Abdullah Besor, 70, dilaporkan keluar untuk bersarapan di sebuah kedai di kampung berkenaan kira-kira pukul 7.00 pagi.

Pihak bomba telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejurus menerima maklumat daripada pihak polis pukul 6.40 petang semalam.

Seramai tujuh anggota bersama sebuah jentera ‘Light Fire Rescue Tender’ (LFRT) dan sebuah kenderaan utiliti digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi SAR.

“Operasi SAR hari ini tertumpu di kawasan ladang kelapa sawit dengan radius operasi pencarian dalam lingkungan lima kilometer dari rumah mangsa,” menurut beliau ketika dihubungi RTM petang tadi.

Operasi bersepadu dijalankan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan bantuan penduduk kampung.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.