19 warga asing terlibat ‘Network School’ belum dapat dikesan – JIM

Foto RTM


CYBERJAYA, 21 Julai – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) masih belum dapat mengesan pergerakan 19 warga asing yang dikenal pasti berada dan terlibat dalam ‘Network School’.

RINGKASAN BERITA AI
  • Daripada 430 warga asing dikenal pasti, 210 masih di Malaysia manakala 201 telah dikesan keluar.
  • JIM meneruskan siasatan lanjut untuk menentukan sama ada individu terbabit keluar atau masuk secara tidak sah.
  • Kerjasama dengan agensi penguatkuasaan, kerajaan negeri dan MB Johor keluarkan Notis Henti Niaga; dua pemeriksaan 379 warga asing tidak temui dakwaan.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, daripada 430 warga asing yang dikenal pasti, 210 masih berada di Malaysia manakala 201 lagi telah dikesan keluar dari negara ini.

Pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti sama ada 19 individu berkenaan masih berada di dalam negara atau telah keluar secara tidak sah.

“Kita ada 19 orang yang tidak dapat dikesan pergerakannya. Mungkin mereka keluar secara tidak sah ataupun mereka juga masuk secara tidak sah.

“Jadi, itu yang kita kenal pasti. Perkara ini akan kita jalankan siasatan lanjut. Mungkin kita akan mengesan sama ada mereka masih berada di dalam negara ataupun mereka sudah keluar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Sambutan Hari Imigresen ke-104 bertemakan ‘Melakar Wajah Baharu Imigresen’ di sini hari ini.

Datuk Zakaria berkata, JIM bekerjasama dengan agensi penguat kuasa lain, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan dalam menangani isu ‘Network School’ tersebut.

Beliau berkata, dua pemeriksaan yang dijalankan JIM setakat ini ke atas 379 warga asing di lokasi berkenaan tidak menemukan perkara seperti yang didakwa.

Terdahulu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata Majlis Bandaraya Iskandar Puteri telah mengeluarkan Notis Henti Niaga terhadap premis yang dikaitkan dengan operasi ‘Network School’.

Ini berikutan tular di media sosial tentang dakwaan yang mengaitkan kewujudan ‘Network School’ dengan agenda Israel untuk bertapak secara senyap di negara ini menerusi pelaburan mata wang.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.