Agrobank perluas akses pembiayaan kepada penjaja, peniaga kecil

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 19 Julai – Agrobank memperluas akses pembiayaan dan sokongan perniagaan kepada komuniti penjaja serta peniaga kecil menerusi kerjasama strategik bersama Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKMM).

RINGKASAN BERITA AI
  • Agro Penjaja-i bantu penjaja atasi kekangan modal, pengurusan kewangan dan penggunaan kemudahan digital.
  • Menawarkan pembiayaan mikro, kredit tunai serta kemudahan Ar-Rahnu untuk menyokong keperluan perniagaan kecil.
  • Program menyediakan latihan celik kewangan dan keusahawanan percuma serta bimbingan intensif selama tiga bulan.
  • Turut disediakan khidmat nasihat pensijilan halal dan alat DuitNow QR SoundBox untuk memudahkan pembayaran digital.

Kerjasama itu akan memperluas pelaksanaan inisiatif Agro Penjaja-i di seluruh negara, khususnya dalam membantu peniaga yang berdepan kekangan modal, pengurusan kewangan dan penggunaan kemudahan digital.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, penjaja dan peniaga kecil bukan sahaja memerlukan pembiayaan, malah bimbingan keusahawanan, latihan pengurusan kewangan serta kemudahan digital yang praktikal.

Melalui Agro Penjaja-i, usahawan mikro berpeluang menikmati pelbagai kemudahan pembiayaan, termasuk pembiayaan mikro, kredit tunai dan Ar-Rahnu bagi menyokong keperluan serta perkembangan perniagaan mereka.

Program itu turut menawarkan latihan celik kewangan dan keusahawanan secara percuma, bimbingan selama tiga bulan, khidmat nasihat pensijilan halal serta kemudahan DuitNow QR SoundBox bagi menyokong urusan pembayaran digital.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.