Raja Muda Perlis berkenan sempurnakan penyerahan bendera atlet muda negara

Foto: Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis.

KANGAR, 18 Julai – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Penaung Persekutuan Besbol Malaysia berkenan menyempurnakan majlis penyerahan Bendera Malaysia dan Bendera Perlis kepada atlet muda, Nur Raisya Adelya Sofea Suwardi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Simbol sokongan menjelang penyertaan beliau ke Pesta Besbol Kanak-Kanak Sedunia Ke-32 di Narita, Jepun.
  • Nur Raisya Adelya Sofea, 11, akan mewakili Malaysia dalam kejohanan berprestij 30 Julai hingga 7 Ogos.
  • Antara lima atlet muda terpilih untuk mewakili negara, membuktikan bakat dan potensi atlet muda Malaysia.
  • Menerima sumbangan tunai RM500 daripada Yayasan Tuanku Syed Putra Perlis sebagai tanda galakan.

Ia merupakan simbol sokongan dan penghargaan menjelang penyertaannya ke Pesta Besbol Kanak-Kanak Sedunia Ke-32 yang berlangsung di Narita, Jepun.

Majlis yang berlangsung di perkarangan Astaka Dataran Masjid Alwi itu menjadi detik bermakna buat Nur Raisya Adelya Sofea, 11, yang akan mewakili Malaysia dalam kejohanan berprestij tersebut yang dijadual bermula dari 30 Julai hingga 7 Ogos depan.

Murid Sekolah Kebangsaan Paya, Kangar itu merupakan antara lima atlet muda yang dipilih mewakili negara ke kejohanan berkenaan, sekali gus membuktikan bakat serta potensi atlet muda Malaysia untuk bersaing di pentas antarabangsa.

Pada majlis sama, Nur Raisya turut menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM500 daripada Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis sebagai tanda galakan dan penghargaan atas kejayaan beliau mengharumkan nama Perlis dan Malaysia.

Untuk rekod, hanya 14 negara dipilih menyertai kejohanan berprestij itu, dengan Malaysia diberikan penghormatan untuk menghantar lima atlet muda.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.