
GEORGE TOWN, 18 Julai – Ujibakat Bintang Kecil 2026 dan Bintang P.Ramlee yang berlangsung serentak di Auditorium RTM Pulau Pinang mendapat sambutan positif.
- Peserta tunjuk vokal kuat dan kuasai pelbagai genre muzik.
- Penerbit Bintang Kecil Shamimi Shazwani puji persediaan dari segi penampilan dan persembahan peserta.
- Mereka mencari bakat pelbagai genre dan peserta telah menyerlahkan potensi dalam industri seni tanah air.
- Ujibakat Bintang P.Ramlee kembangkan syarat usia sehingga 60 tahun, sebelum ini 18 hingga 35 tahun.
Peserta-peserta yang menyertai ujibakat kali ini bukan sahaja tampil dengan vokal tetapi berupaya menguasai pelbagai genre muzik.
Penerbit Bintang Kecil Negeri Pulau Pinang, Shamimi Shazwani Samsudin mengakui peserta-peserta yang hadir dilihat telah membuat persediaan termasuk dari segi penampilan serta persembahan.
“Kami mencari peserta yang memiliki bakat dalam pelbagai genre muzik dan mereka telah membuktikan bakat-bakat yang dimiliki, sekaligus membuktikan mereka telah bersedia menyerlahkan potensi diri dalam industri seni tanah air,”katanya.
Sambutan memberangsangkan turut diterima bagi ujibakat Bintang P.Ramlee.
Penerbitnya, Zuhaily Zakaria berkata tahun ini, syarat-syarat penyertaan telah diperluas kepada individu yang berbakat sehingga usia 60 tahun.
“Sebelum ini penyertaan hanya terhad kepada mereka yang berusia antara 18 hingga 35 tahun tetapi tahun ini diperluas dari 18 hingga 60 tahun,”katanya. ##