26 PATI ditahan dalam Op Mega JIM Labuan

Foto JIM

LABUAN, 18 Julai – Seramai 26 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Op Mega Jabatan Imigresen Labuan di dua kawasan penempatan sekitar pulau itu semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tahanan terdiri daripada 18 warga Indonesia dan lapan warga Filipina, disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta dan Peraturan Imigresen.
  • Operasi melibatkan kerjasama JPN, RELA dan APM; 51 individu diperiksa hasil maklumat awam dan risikan.
  • Penguatkuasaan akan diteruskan secara berterusan bagi mengesan, menangkap, mendakwa dan memindahkan warga asing yang melanggar undang-undang.
  • Majikan diingatkan jangan menggaji tanpa dokumen; tindakan di bawah Seksyen 55B boleh denda RM10,000 hingga RM50,000 atau penjara sehingga 12 bulan.

Mereka terdiri 18 warga Indonesia dan lapan warga Filipina disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan -Peraturan Imigresen 1963.

Pengarah Imigresen Labuan, Mohd Redzuan Nawi berkata, operasi yang melibatkan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah memeriksa 51 individu hasil maklumat awam dan risikan.

Menurutnya, operasi penguatkuasaan akan diteruskan secara berterusan bagi mengesan, menangkap, mendakwa dan memindahkan warga asing yang melanggar undang-undang imigresen.

Jelasnya, turut mengingatkan majikan atau pemilik premis supaya tidak menggaji warga asing tanpa dokumen perjalanan dan pas yang sah.

Ia boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, termasuk denda antara RM10,000 hingga RM50,000 penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap pekerja yang diambil bekerja secara tidak sah.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.