
TEHRAN, 18 Julai – Trafik perkapalan melalui Selat Hormuz terus merosot kepada paras terendah dalam tempoh tiga minggu susulan peningkatan ketegangan di laluan tenaga utama dunia itu.
- Kpler: hanya lapan kapal melintasi Selat Hormuz pada Khamis, tujuh menggunakan laluan perairan Iran.
- Serangan terhadap kapal tangki dan sekatan laut AS meningkatkan ketidaktentuan pasaran serta mempengaruhi keputusan syarikat perkapalan.
- Pengarah Eksekutif IEA Fatih Birol memberi amaran keselamatan tenaga global berdepan ancaman serius jika gangguan di Selat Hormuz berlanjutan.
- IEA menyelaraskan pelepasan 400 juta tong simpanan minyak bulan Mac, namun langkah itu tidak boleh diteruskan tanpa had.
Firma data maritim, Kpler berkata, hanya lapan kapal melintasi selat berkenaan pada Khamis, dengan tujuh daripadanya menggunakan laluan perairan Iran.
Menurut Kpler, serangan terhadap kapal tangki dan sekatan laut oleh Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) meningkatkan ketidaktentuan pasaran serta mempengaruhi keputusan syarikat perkapalan.
Pengarah Eksekutif Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) Fatih Birol pula memberi amaran bahawa keselamatan tenaga global berdepan ancaman serius sekiranya gangguan di Selat Hormuz berlarutan selama beberapa minggu.
Beliau berkata IEA telah menyelaraskan pelepasan 400 juta tong simpanan minyak pada Mac, namun simpanan kecemasan itu tidak boleh terus digunakan untuk tempoh yang panjang.
Birol turut menggesa supaya Selat Hormuz dibuka semula sepenuhnya tanpa sebarang syarat.
Ketegangan di selat itu meningkat sejak pertempuran antara AS dengan Iran kembali tercetus awal bulan ini. – REUTERS