SAR dua individu terjatuh Jambatan Sultan Nazrin Shah disambung esok

Kejadian melibatkan tiga individu dalam dua insiden berasingan

BAGAN DATUK, 17 Julai – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua individu yang dilapor terjatuh di Jambatan Sultan Nazrin Shah, disambung esok selepas ditangguhkan pada pukul 8.30 malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • JBPM Perak maklum tiga individu dalam dua insiden; operasi mencari seorang lelaki dan seorang kanak-kanak dua tahun.
  • Wanita yang diselamatkan disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Bagan Datuk.
  • Panggilan kecemasan 11.36 pagi untuk Mohd Nor Ferdaus; polis lapor 7.15 malam tentang Lim Li Yin dan bayi Wong Long Hee hilang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon ketika mengesahkan perkara itu memaklumkan pihaknya menerima laporan tiga individu terlibat dalam dua insiden berasingan.

“Operasi dijalankan bagi mencari dua individu terdiri daripada seorang lelaki dan kanak-kanak berusia dua tahun.

“Manakala wanita tempatan yang berjaya diselamatkan telah disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Bagan Datuk.

“Panggilan kecemasan diterima pihak kami pada pukul 11.36 pagi melibatkan seorang individu dengan identiti Mohd Nor Ferdaus Mohd
Mokhtar, 42 tahun yang dipercayai terjatuh dari jambatan berkenaan.

“Ketika operasi pencarian dijalankan, pihak kami telah menerima maklumat kedua daripada pihak polis pada pukul 7.15 malam mengenai seorang wanita, iaitu Lim Li Yin bersama seorang bayi telah terjatuh dari jambatan sama,”katanya.

Beliau turut memaklumkan tindakan pantas pihaknya telah menemukan wanita berkenaan, namun anaknya Wong Long Hee, gagal dikesan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.