Trump beri ancaman serangan ke atas Iran minggu depan

Gambar sekadar grafik

WASHINGTON, 16 Julai – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengancam akan meluaskan serangan ke atas Iran dengan menyasarkan loji janakuasa dan jambatan minggu depan sekiranya Tehran enggan kembali ke meja rundingan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Trump tidak menolak kemungkinan menghantar tentera darat AS ke Iran.
  • Trump mendakwa menerima panggilan bahawa Iran berminat mengadakan pertemuan dan mencapai persetujuan.
  • Tehran menafikan dakwaan, tiada rancangan rundingan, kekal fokus pertahanan; MoU hanya jika kedua pihak laksanakan komitmen dan memberi manfaat.

Trump berkata, beliau turut tidak menolak kemungkinan menghantar tentera darat AS ke Iran.

Dalam pada itu, beliau mendakwa menerima panggilan yang menunjukkan Iran berminat mengadakan pertemuan dan mencapai persetujuan dengan Washington.

” Republik Iran tidak gembira dengan keadaan sekarang. Perkara ini sepatutnya diselesaikan sejak 47 tahun lalu, tetapi ia tidak berlaku.

“Presiden-presiden sebelum ini gagal mengambil tindakan yang sewajarnya. Mereka sepatutnya bertindak lebih awal, pasti lebih mudah,” katanya.

Bagaimanapun, jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baghaei menafikan dakwaan itu.

Beliau berkata, Tehran tidak mempunyai sebarang rancangan untuk mengadakan rundingan buat masa ini dan kekal memberi tumpuan kepada aspek pertahanan.

Sementara itu, Baghaei berkata, memorandum persefahaman (MoU) antara Iran dan AS hanya akan dipatuhi selagi kedua-dua pihak melaksanakan komitmen masing-masing.

Speaker Parlimen Iran, Mohammad Bagher Ghalibaf turut menegaskan MoU itu tidak lagi bermakna sekiranya Iran tidak memperoleh manfaat daripadanya. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.