Enam maut, 11 cedera bas terjunam ke dalam sungai

Bas yang membawa 17 penumpang terjunam ke dalam sungai selepas merempuh penghadang jalan di Sichuan, China/Foto 163.com

BEIJING, 16 Julai – Enam maut manakala 11 lagi cedera selepas sebuah bas terjunam ke dalam sungai akibat melanggar penghadang jalan di wilayah Sichuan pada Rabu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kemalangan berlaku kira-kira pukul 6 petang di Kampung Zhonggang, daerah pergunungan Baoxing.
  • Bas terbabas keluar dari jalan sebelum jatuh ke kawasan sungai di bawah cerun.
  • Operasi mencari dan menyelamat tamat awal pagi Khamis dan siasatan bagi mengenal pasti punca sedang dijalankan.

Menurut pihak berkuasa tempatan, kemalangan berlaku kira-kira pukul 6 petang di Kampung Zhonggang, daerah pergunungan Baoxing.

Menurut pihak berkuasa, bas terbabit terbabas keluar dari jalan sebelum terjunam ke kawasan sungai di bawah cerun.

Daripada 11 mangsa yang cedera, seorang dilaporkan parah namun berada dalam keadaan stabil.

Bas yang membawa 17 penumpang itu didaftarkan di Chengdu dan membawa jumlah penumpang mengikut kapasiti maksimum yang dibenarkan.

Operasi mencari dan menyelamat berakhir awal pagi Khamis, manakala siasatan bagi mengenal pasti punca kemalangan sedang dijalankan. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.