RUU Kebebasan Maklumat akan dirujuk kepada JKPK untuk penelitian menyeluruh

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 14 Julai – Kerajaan akan membentangkan usul untuk merujuk Rang Undang-Undang (RUU) Kebebasan Maklumat 2026 kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JKPK) di Dewan Rakyat esok.

RINGKASAN BERITA AI
  • RUU dirujuk kepada JKPK untuk penelitian dan libat urus lebih menyeluruh sebelum dimuktamadkan.
  • Kerajaan mengambil maklum pandangan masyarakat mengenai beberapa aspek RUU.
  • Penggubalan bertujuan memastikan undang-undang memenuhi matlamat reformasi institusi dan amalan terbaik.
  • RUU bertujuan memperkukuh ketelusan, akauntabiliti, tadbir urus dan meningkatkan akses rakyat kepada maklumat rasmi.

Langkah itu bagi membolehkan penelitian dan libat urus lebih menyeluruh dilaksanakan sebelum cadangan undang-undang berkenaan dimuktamadkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kerajaan mengambil maklum pandangan masyarakat mengenai beberapa aspek dalam RUU itu.

“Pandangan tersebut mencerminkan komitmen bersama untuk memastikan undang-undang yang bakal digubal benar-benar memenuhi matlamat reformasi institusi, selain menepati amalan terbaik,” katanya.

Jelasnya lagi, langkah berkenaan juga bagi memastikan kerangka perundangan yang diwujudkan lebih komprehensif, seimbang serta mendapat keyakinan rakyat.

“Penggubalan RUU Kebebasan Maklumat 2026 merupakan antara komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik.

“Pada masa sama, meningkatkan akses rakyat kepada maklumat rasmi kerajaan secara teratur dan berlandaskan undang-undang,” katanya di Dewan Rakyat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.