Pelabuhan Bintulu diserah secara rasmi kepada Kerajaan Negeri Sarawak

Foto BERNAMA

KUCHING, 16 September – Penyerahan rasmi Pelabuhan Bintulu daripada Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Sarawak berlangsung di sini, petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menteri Pengangkutan Anthony Loke menyampaikan simbolik penyerahan dokumen kepada Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
  • Majlis disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
  • Lembaga Pelabuhan Bintulu dibubarkan dan Lembaga Pelabuhan Bintulu (Sarawak) mula menjadi pihak berkuasa di bawah Ordinan Pihak Berkuasa Pelabuhan 1961.

Simbolik penyerahan dokumen disampaikan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke kepada Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Menteri
Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak.

Majlis penyerahan tersebut turut disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Pada 1 September lalu, Lembaga Pelabuhan Bintulu dibubarkan dan Lembaga Pelabuhan Bintulu (Sarawak) mula mengambil alih sebagai pihak berkuasa pelabuhan di bawah Ordinan Pihak Berkuasa Pelabuhan 1961.

Terdahulu, Datuk Seri Anwar tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching untuk menghadiri sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), malam ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.