
LONDON, 14 Julai – Ketua pasukan Belgium, Youri Tielemans dilaporkan semakin hampir untuk berpindah ke Old Trafford, lapor media pada Isnin.
- Manchester United dipercayai menyasarkan klausa pelepasan £35 juta dari Aston Villa untuk mendapatkan Youri Tielemans.
- Pemain tengah 29 tahun itu menjadi arkitek Aston Villa selama tiga musim dan membantu memenangi Piala Liga Europa Mei lalu.
- Kehadiran beliau dijangka memperkuat jentera tengah Manchester United yang kini dibimbing oleh Micheal Carrick.
Juara Liga Perdana Inggeris sebanyak 20 kali itu dipercayai menyasarkan perpindahan Tielmans sebanyak £35 juta pound sebagai klausa pelepasan daripada Aston Villa bagi membolehkannya ke Manchester United.
Pemain tengah berusia 29 tahun itu merupakan arkitek utama Aston Villa selama tiga musim dan berjaya menghadiahkan kelab berkenaan dengan kejuaraan Liga Europa pada Mei lepas.
Tielmans menyertai Aston Villa pada 2023 daripada Leicester City sebagai ejen bebas.
Dia turut berjaya membantu Belgium ke suku akhir sebelum terkandas di tangan Sepanyol 2-1.
Kehadiran Tielmans dijangka memperkuatkan jentera tengah ‘The Red Devils’ yang kini dibimbing oleh Micheal Carrick. – REUTERS