
JOHOR BAHRU, 12 Julai – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Johor, petang ini.
- Istiadat penyerahan surat tauliah dan pengisytiharaan pelantikan berlangsung di Istana Bukit Serene di hadapan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.
- Surat Tauliah Menteri Besar dibacakan oleh Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Mohammed Ridha Abd Kadir, disaksikan Yang Dipertua Jumaah Majlis DiRaja Datuk Dr Abdul Rahim Ramli.
- Pelantikan tersebut susulan BN memperoleh mandat besar PRN Johor ke-16, memenangi 48 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri.
Istiadat Penyerahan Surat Tauliah dan Pengisytiharaan Pelantikan Menteri Besar berlangsung dihadapan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail di Istana Bukit Serene.
Istiadat tersebut dimulakan dengan bacaan Surat Tauliah Menteri Besar Johor oleh Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Mohammed Ridha Abd Kadir yang turut dihadiri Yang Dipertua Jumaah Majlis DiRaja Johor, Datuk Dr Abdul Rahim Ramli.
Terdahulu, Datuk Onn Hafiz tiba di Istana Bukit Serene kira-kira pukul 3.42 petang dan kenderaan yang membawa Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor itu, kemudian dilihat keluar semula pada pukul 4.50 petang.
Pelantikan Menteri Besar Johor yang baharu itu, selepas BN memperoleh mandat besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 semalam, dengan memenangi 48 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).