Sentimen pengundi di Negeri Sembilan berbeza – Aminuddin

Datuk Seri Aminuddin Harun/ Foto BERNAMA

LINGGI, 12 Julai – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menyifatkan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam tidak mencerminkan hala tuju sebenar corak pengundian di negeri ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Landskap politik, sentimen dan kehendak pengundi Negeri Sembilan berbeza berbanding Johor.
  • Beliau melihat kematangan demokrasi pengundi Johor dalam membuat pilihan masing-masing.
  • PH Negeri Sembilan siap siaga dan memperkukuh jentera bagi menghadapi PRN negeri 1 Ogos.
  • Program Madani Kita disertai lebih 2,000 pengunjung, dengan Jualan Rahmah, reruai kerajaan dan aktiviti belia.

Menurut beliau, landskap politik, sentimen semasa dan kehendak pengundi di Negeri Sembilan adalah berbeza berbanding di Johor.

Bagaimanapun, beliau yang juga Menteri Besar melihat wujudnya kematangan demokrasi di kalangan setiap pengundi Johor dalam membuat pilihan masing-masing.

Jelasnya, PH Negeri Sembilan kini siap siaga dan akan terus memperkukuh gerak kerja jentera bagi menghadapi PRN negeri yang dijadual pada 1 Ogos nanti, manakala hari penamaan calon pada 18 Julai.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan perasmian Program Madani Kita di sini.

Lebih 2,000 pengunjung hadir memanfaatkan penganjuran program dengan pengisian Jualan Rahmah, reruai kerajaan serta pelbagai aktiviti khusus untuk golongan muda.

PRN Johor menyaksikan BN memenangi 48 kerusi daripada 56 kerusi DUN dipertandingkan, manakala lapan kerusi lagi berpihak kepada PH.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.