Ratusan bayi Peru dinamakan Haaland

Penyerang Norway, Erling Haaland, menjadi inspirasi kepada ratusan ibu bapa di Peru untuk menamakan bayi mereka sempena namanya.

LIMA, 11 Julai – Demam Piala Dunia 2026 mendorong ratusan ibu bapa di Peru menamakan bayi mereka bersempena penyerang Norway, Erling Haaland, menjelang aksi suku akhir menentang England.

RINGKASAN BERITA AI
  • Daftar Pengenalan Peru merekod 468 bayi mendaftar menggunakan nama keluarga Haaland.
  • 91 bayi didaftarkan dengan nama penuh Erling Haaland menurut daftar rasmi.
  • Pendaftaran nama Haaland meningkat sejak Piala Dunia 2026 dan melonjak apabila Norway mara ke suku akhir.
  • Haaland menjaringkan tujuh gol dalam empat perlawanan termasuk dua gol ketika menewaskan Brazil.

Menurut Daftar Pengenalan Kebangsaan Peru, seramai 468 bayi didaftarkan menggunakan nama keluarga Haaland, manakala 91 lagi diberikan nama penuh Erling Haaland.

Jurucakap agensi itu, Ivan Torres berkata, bintang bola sepak sering menjadi inspirasi kepada rakyat Peru dalam memilih nama untuk anak mereka.

Katanya, jumlah pendaftaran bayi menggunakan nama Haaland meningkat sejak bermulanya Piala Dunia 2026 dan melonjak apabila Norway mara buat julung kali ke suku akhir.

Setakat ini, Haaland muncul antara pemain paling menyerlah kejohanan apabila menjaringkan tujuh gol dalam empat perlawanan, termasuk dua gol ketika membantu Norway menewaskan Brazil.

Fenomena menamakan bayi bersempena bintang bola sepak bukan perkara baharu di Peru.

Data rasmi menunjukkan seramai 3,402 rakyat negara itu menggunakan nama Messi, 1,185 menggunakan nama Cristiano Ronaldo, 1,241 dinamakan Yamal, manakala 33,809 lagi menggunakan nama Neymar.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.