
LONDON, 11 Julai – Juara bertahan Jannik Sinner menampilkan aksi dominan untuk menyingkirkan Novak Djokovic 6-4, 6-4, 6-4 dalam separuh akhir perseorangan lelaki Kejohanan Wimbledon 2026 di All England Lawn Tennis and Croquet Club, di sini, pada Jumaat.
- Sinner mara ke final Wimbledon untuk bertemu Alexander Zverev.
- Dia berkata pengalaman itu amat bermakna dan luar biasa baginya.
- Sinner dijangka pilihan mempertahankan gelaran, selepas memenangi sembilan pertemuan terakhir menentang Zverev.
- Djokovic, 39 tahun, gagal meraih Grand Slam ke-25 tetapi berhasrat kembali ke Wimbledon.
Kemenangan itu membawa pemain nombor satu dunia tersebut ke pentas akhir menentang Alexander Zverev.
“Luar biasa. Amat bermakna bagi saya kerana dapat bermain dalam satu lagi final di sini.
“Ini kejohanan paling istimewa melibatkan kami berdua,” kata Sinner.
Pemain Itali berusia 24 tahun itu dijangka menjadi pilihan untuk mempertahan gelaran apabila berdepan juara Terbuka Perancis, Zverev, esok.
Sebelum ini, Sinner memenangi kesemua sembilan pertemuan terakhir menentang pemain nombor tiga dunia dari Jerman itu.
“Saya gembira dapat kembali ke final dan mengharapkan perlawanan akhir yang baik,” katanya.
Sinner kini memburu gelaran Grand Slam kelimanya dalam final utama ketujuh sepanjang kerjayanya.
Djokovic, 39 tahun, sekali lagi gagal dalam usahanya memburu gelaran Grand Slam ke-25, namun masih berhasrat kembali ke Wimbledon tahun depan dalam usaha menyamai rekod lapan gelaran milik Roger Federer.
“Saya mahu kembali, sekurang-kurangnya sekali lagi,” katanya. – AFP