Piala Wanita AFF: Malayan Tigress seri 1-1 dengan Laos

Skuad Malayan Tigress pada saingan kumpulan A Piala Wanita AFF 2026 antara Malaysia dengan Laos di sini pada Jumaat. / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 11 Julai — Skuad bola sepak wanita negara gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri selepas sekadar seri 1-1 menentang Laos dalam aksi pembukaan Kumpulan A Piala Wanita AFF di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, di sini, pada Jumaat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kemmy Phatdala menjaringkan gol pada minit ke-36, meletakkan Laos di hadapan sehingga tamat babak pertama.
  • Nurhadfina Mohd Firdaus menyamakan kedudukan pada minit ke-49 selepas Malaysia menyusun semula rentak.
  • Kedua-dua pasukan terus berusaha mencari gol kemenangan namun gagal memecah kebuntuan hingga wisel penamat.
  • Malaysia akan berdepan Singapura pada perlawanan seterusnya Khamis depan.

Malayan Tigress kendalian Joel Cornelli dikejutkan dengan jaringan Kemmy Phatdala pada minit ke-36, sekali gus meletakkan Laos di depan sehingga tamat babak pertama.

Skuad negara bagaimanapun bangkit selepas rehat menerusi jaringan Nurhadfina Mohd Firdaus pada minit ke-49 untuk menyamakan kedudukan.

Kedua-dua pasukan kemudian terus memburu gol kemenangan, namun gagal memecah kebuntuan hingga wisel penamat dan terpaksa berkongsi satu mata.

Malaysia seterusnya akan berdepan Singapura di venue sama, Khamis depan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.